JAHIT SELENDANG SENDIRI
JAHIT SELENDANG SENDIRI |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Memang sudah lama selendang ini siap tetapi baru sekarang berkesempatan mengambil gambar-gambar untuk tatapan blog.
Saya memang meminati selendang tetapi memandangkan anak-anak masih kecil-kecil jadi saya lebih selesa memakai tudung biasa yang hanya disarung sahaja. Cuma kadang kala sahaja berselendang.
Aurat itu WAJIB di tutup. Walaupun kita akan rasa ianya terpaksa kerana kita belum bersedia mahupun belum terbuka hati untuk berubah tetapi perkara yang WAJIB itu memang bersifat terpaksa. Insyallah jika kita istiqamah dengan sendirinya akan hadir perasaan ikhlas dan akan mengubah akhlak kita kerana ALLAH sentiasa bersama hambanya.
Saya memang dilahirkan dalam keluarga yang menitik beratkan soal aurat. Pemakaian tudung memang diwajibkan begitu juga cara berpakaian. Apabila saya meningkat remaja saya leka dengan dunia fesyen kerana suatu ketika dahulu saya masih tidak faham kenapa dan mengapa WAJIBnya menutup aurat dan berpakaian mengikut garis panduan yang Agama Islam telah tetapkan.
Saya leka berpakaian mengikut arus zaman. Walaupun pakaian serba ringkas tetapi saya lupa yang saya bukannya menutup aurat tetapi membalut aurat. Kadang-kala saya juga membuka tudung bila mandi-manda di sungai dan swimming pool. Begitu juga dirumah. Saya hanya memakai tudung apabila saya keluar berjalan sahaja.
Selepas berkahwin dan mempunyai 3 orang anak juga saya masih sama. Saya juga selalu beranggapan yang bertudung itu perlu membersihkan hati dan akhlak dahulu baru berubah. Rupanya saya silap, Apalah nilai amalan yang kita kerjakan jika aurat kita tidak dijaga dengan sempurna. Kalau hari-hari buat baik dan tidak menutup aurat dengan sempurna, amalan kita juga akan dikontrakan sehabisnya. Akhirnya hanya sia-sia amalan kita. Adakah kita sudah bersedia menemui Pencipta? Ya, kerana itu saya menggali ilmu untuk menyempurnakan cara saya menutup aurat. Memang bukan senang nak beristiqamah dengan orang-orang yang berada disekeliling kita yang masih sama. Tetapi jika kita mahu mengajak mereka bersama, kita yang harus berubah dulu. Memang susah memang penat tetapi ingatlah Tuhan sentiasa bersama kita. Berubah juga perlukan ilmu. Carilah ilmu sebanyak-banyaknya dan sampaikanlah walaupun sedikit untuk kita saling ingat mengingati. Saya masih lagi belum sempurna tetapi akan cuba menyempurnakannya.
Kolesi selendang yang saya miliki dan Insyaallah saya ingin memiliki selendang yang labuh menutupi dada. Doakan saya.
Half moon versi MAMAYATY. (Sambungan ikut suka hati)
Selendang yang sangat senang nak gunting dan sangat senang di pakai.
Selendang halfmoon. (Tonjolkan warna coklat)
Selendang biasa.
Selendang halfmoon. (Tonjolkan warna kuning).
Salah satu gambar yang saya pakai sewaktu membawa anak-anak ke ZOO NEGARA. Masih kekok lagi masa ni nak pakai selendang sebab selendang ni saya memang buat labuh. Anak-anak pula tak duduk diam-diam.
Tak mengapa, Saya masih lagi belajar menyesuaikan diri untuk memakai hijab yang menutup dada dan menyesuaikan jenis baju yang dipakai supaya sifatnya menutup aurat bukan membalut aurat. Insyaallah akan diusahakan bersungguh-sungguh
buka mesin jahit : http://hayatishahadan.blogspot.co.id/2021/12/jahit-selendang-sendiri.html